
PEMBUKAAN PERMOHONAN BIASISWA KUMPULAN WANG AMANAH PENDIDIKAN KOPERASI (KWAPd) SESI PENGAMBILAN 2026/2027
Peluang Pendidikan untuk Warga Koperasi , anak warga koperasi , pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta pegawai dan kakitangan Institut Koperasi Malaysia (IKMa)
Biasiswa KWAPd terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang telah menerima tawaran pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (PhD) dan Peringkat Profesional (Perakaunan) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara sepenuh masa dan separuh masa bagi pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) serta telah disahkan jawatan.
Program ini merupakan salah satu aganda Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membangunkan modal insan dan meningkatkan tahap profesionalisma dalam sektor koperasi selaras dengan Prinsip ke-7 Koperasi – prihatin kepada komuniti bagi membantu anggota koperasi yang memerlukan pembiayaan kewangan
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) selaku pengurus dana Biasiswa kumpulan wang amanah pendidikan koperasi (KWAPd) mempelawa calon yang memenuhi syarat untuk mengemukakan permohonan Biasiswa KWAPd bagi Sesi Pengambilan 2026/2027
CARA PERMOHONAN
- Permohonan dibuka pada 1/10/2026 hingga 31/10/2026
- Pendaftaran dibuat secara atas talian dengan pembelian nombor pin melalui FPX (https://kwapd.yayasanangkasa.coop/pin/) bernilai RM10.00
- Nombor pin hanya akan diberi kepada pemohon yang telah membuat bayaran melalui FPX secara kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam Masa 24-72 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat).
- Pemohon yang telah menerima nombor pin boleh terus mendaftar di portal pelajar https://kwapd.yayasanangkasa.coop/pya/
- Pemohon diwajibkan untuk melengkapkan semua maklumat permohonan yang diminta dan memenuhi syarat Permohonan Biasiswa Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPd)
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak ANGKASA.
- **Jika ada Masalah boleh whatsapp ke nombor 0378809358
Pembelian PIN Permohonan KWAPd hanya Semudah 1-2-3
Cara Permohonan
Pembayaran PIN KWAPd
-
- Pembayaran sebanyak RM 10 bagi 1 PIN KWAPd
- Pembayaran boleh dibuat melalui atau FPX (https://kwapd.yayasanangkasa.coop/pin/)
*sila simpan salinan resit untuk rujukan anda
Anda akan menerima SMS Nombor PIN KWAPd seperti
Yayasan ANGKASA : [Kad Pengenalan ANDA] Terima kasih kerana memilih Yayasan ANGKASA sebagai pembiaya pengajian saudara/i. Saudara/i hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui yayasanangkasa.coop sebelum 31/10/2026 . Pin permohonan adalah [XXXXX]
*SMS ini akan dihantar dalam Masa 24-72 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat)
**Jika ada Masalah boleh whatsapp ke nombor 0378809358
Selepas menerima PIN KWAPd anda boleh terus mendaftar di link https://kwapd.yayasanangkasa.coop/pya




